PERHIMPUNAN KOKURIKULUM KE-2/2018


Perhimpunan Kokurikulum Kali kedua bagi tahun 2018 telah berlangsung pada 11 April 2018 mulai jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Suria SMK Abi. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam yang dipimpin oleh Pn Zahratul Ainiah bt Mohd Radzi, Pn Hjh Wafaa bt Mawardi, Pn Hafidza Akmal bt Md Isa dan Pn Maslinah bt Markani.

Perjimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti dengan bacaan doa dan ikrar rukun negara. Ditersukan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Amin-amin”. En Sazali bin Hashim, guru bertugas minggu sebelumnya mengambil giliran menyampaikan laporan guru bertugas. Selepas itu persembahan Pergerakan Puteri Islam skesta berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan¬† dan Lumba Basikal¬†Olaharaga MSSPerlis 2018. Selepas itu ucapan pentadbiran kali ini giliran En Muhamad Rizal bin Ibrahim, PK HEM SMK Abi. Majlis perhimpunan diakhir dengan pengumumanm bacaan ikrar murid, nyanyian lagu Pergerakan Puteri Islam dan Lagu Sekolah “Berilmu Berbakti”