Sejarah Sekolah

Ditubuhkan pada 16 Disember 1999 atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi pada mulanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Abi, diterajui oleh En Wabdi bin Ahmad memangku pengetua.

Pada peringkat awal penubuhannya, 17 Januari 2000 sekolah ini mempunyai seramai 15 orang tenaga pengajar dan tiga orang kakitangan pejabat. Jumlah pelajar adalah seramai 130 orang iaitu tingkatan 1 (3 kelas), tingkatan 2 (2 kelas) disusuli dengan pendaftaran murid tingkatan 4 (2 kelas) pada 3 februari 2000.

Pada 28 Mac 2000, Koperasi SMK Abi berhad ditubuhkan. Pengetua pertama Tn Hj Azizan bin Talib melapor diri pada 8 Jun 2000. Ini diikuti dengan penubuhan PIBG pada 31 Julai 2000.

Pada 1 Januari 2001, SMK Abi telah berpindah ke bangunan sendiri. Tenaga pengajar telah bertambah kepada 28 orang dan staf bukan akademik menjadi 6 orang. Jumlah murid meningkat kepada 400 orang dan jumlah kelas menjadi 11 kelas terdiri daripada 4 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2, 2 kelas tingkatan 3, tingkatan 4 dan 5 masing-masing 2 kelas.

Pada 23 Mei 2001, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah mencemar duli berangkat merasmikan SMK Abi.

Pada 16 Oktober 2001, En Wabdi bin Ahmad telah dilantik menjadi pengetua SMK Abi setelah Tn Hj Azizan bertukar ke SMK Syed Alwi.

Pada 1 Januari 2004, asrama sekolah telah siap dibina dan buat pertama kali menempatkan seramai 150 orang penghuni. Pada bulan Disember 2005 En Wabdi pula bertukar ke SMK Tengku Suleiman dan tempat beliau diganti oleh Datin Che Sham bt Hashim.

Comments Off on Sejarah Sekolah