Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2018 telah berlangsung pada 22.01.2018 beremula jam 7.40 pagi di Dataran Suria SMK Abi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Amin-amin”. Menyusul pula bacaan doa dan ikrar rukun negara. Seterusnya pengerusi mempersilakan tuan pengetua menyempurnakan gimik pelancaran dan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas Koperasi Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah,  dan Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah.

Majlis diteruskan dengan ikrar Pengawas dan ucapan perasmian oleh Encik Muhamad Rizal bin Ibrahim PK HEM . Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar murid dan naynyian lagu sekolah “Berilmu Berbakti”


Kejohanan Merentas Desa 2018

Kejohanan Merentas Desa SMK Abi 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Januari 2018 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi. Kejohanan in mempertandingkan empat kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Kelas Satu, Lelaki dan Perempuan Kelas Dua. Empat Rumah Sukan mengambil bahagian iaitu Rumah Cenderawasih, Rumah Kenari, Rumah Nuri dan Rumah Rajawali.


PERSIAPAN DAN AKTIVITI PERSEKOLAHAN 2018

Bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2018, beberapa perancangan dan aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya

Mesyuarat Guru kali pertama 2018

Mesyuarat Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum

Pendaftaran dan Taklimat untuk waris murid Tingkatan 1

Pendaftaran Murid-murid Tingkatan 2, 3 dan 5


MAJLIS GRADUASI 2017

Majlis Graduasi Kali Ke-2, pelajar-pelajar Tingkatan 5 2017 telah dilangsungkan pada 27.10.2017 (Khamis) mulai jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah II Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar tingkatan 5 diikuti dengan perarakan masuk Kumpulan Pengurusan dan Guru-guru Tingkatan 5.

Sebelum majlis diteruskan, lagu Negaraku dan Amin-amin dinyanyikan oleh semua hadirin termasuk ibu bapa yang hadir. Bacaan aya-ayat suci al-quran diperdengarkan oleh Mohd Naufal bin Durahman, dikuti ucapan ketua murid dan ucapan perasmian oleh Pn Noorsitah Ahmad, pegetua SMK Abi.

Majlis terbahagi kepada dua sidang yang diselangi dengan persembahan multimedia. Majlis ditutupdengannaynyian lagu sekolah Berilmu Berbakti.

 


PERHIMPUNAN KOKURIKULUM

Perhimpnan Bulanan Kokurikulum bagi bulan September diadakan pada 20.09.2017 mulai jam 7.30 pagi di Dataran Suria. Perhimpunan ini diadakan serentak dengan penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2017. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, diikuti dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu  Amin-amin dan tazkirah kemerdekaan. Disusuli dengan penyampaian hadiah dan ucapan perasmian penutup dan gimik penutupan. Majlis diteruskan dengan nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik,lagu Kemegahan Negaraku, Jalur Gemilang dan Sehati Sejiwa. Penutup majlis diserikan dengan nyanyian lagu sekolah Berilmu Berbakti

 

 

 


IBADAH KURBAN 1438H/2017

Ibadah kurban bagi tahun 1438H.2017 telah dijalankan pada Hari Raya Adiladha yang kedua yang jatuh pada hari Sabtu 2 September 2017. Ibadah tersebut diadakan di pinggir laluan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abi melibatkan beberapa orang guru dan staf sekolah ini. Pada tahun ini hanya dua ekor lembu dikurbankan kurang seekor daripada tahun sebelumnya.

Ibadah dimulakan sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Urusan ibadah kurban dikelolakan oleh Ustaz Zulkifli bin Abd Rahman dibantu oleh Tn Hj Rosli bin Long. Kerja-kerja memotong dan mengagihkan daging dilakukan oleh para peserta kurban dibantu oleh beberapa orang murid sekolah ini termasuk En Mohidin dan En Halim pembantu pejabat dan pekerja syarikat kebersihan.

Semoga Allah menerima ibadah kurban yang dilaksanakan.


LAWATAN SMK LUI BARAT NEGERI SEMBILAN

Asrama SMK Abi pada pagi ini (ISNIN, 28.08.2017) telah menerima lawatan singkat pelajar-pelajar asrama puteri SMK Lui Barat Jempol Negeri Sembilan besama pengetua dan beerapa orang guru pengiring. Mereka disambut oleh pengetua, PK HEM, warden-warden dan staf pejabat asrama serta beberapa orang pelajar aspuri SMK Abi.

Majlis sambutan dimulakan dengan ucapan pegetua SMK Abi, diikuti ucapan pengetua SMK Lui Barat dan taklimat ringkas asrama oleh PK HEM SMK Abi. Selepas taklimat pelawat menjamu selera sebelum melawat aspuri dan aspura.