Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tulisan Khat dan Program NILAM


Panitia Pendidikan Islam SMK Abi telah mengadakan Pertandingan Tulis Khat. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada Hari Jumaat 05.10.2018 selepas program bacaan surah Yasin. 

Turut diadakan adalah penyampaian hadiah untuk program NILAM di mana seramai 15 orang telah menerima hadiah. Mereka adalah di antara 15 murid yang tertinggi merekodkan bacaan NILAm.