Majlis Jasamu diKenang


Pada Hari Rabu 03.10.2018 telah diadakan Majlis Jasamu diKenang bagi meraikan pertukaran ahli-ahli Badan Kebajikan Guru dan Anggota Pelaksana. Majlis dimulakan jam 2.15 petang bertempat di kantin sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pn Masharuzzuhairah Mohamad, pengacara majlis. Beliau seterusnya mempersilakan Pn Noorsitah Ahmad, pengetua menyampaikan ucapan sebelum jamuan tengah hari dimulakan.

Antara tetamu yang hadir ialah Pn Haliah Otham yang dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran SMK Syed Sirajuddin. En Md Kher Kamis dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Syed Saafi, En Aryusman berpindah ke SK Padang Keria dan Pn Roslina Hassan ke SK Padang Besar Selatan. Pn Sakira Zakira bertukar ke Kuala Lumpur tidak dapat hadir.