Dewan Makan Asrama

DSC_0862_compressed_compressed



Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi mula dibina pada pertengahan tahun 2003 serentak dengan pembinaan dua blok asrama. Siap dibina pada akhir Disember 2003 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2004.

Buat masa ini (2014) Pembekal Makanan Bermasak LINEN ENTERPRISE hak milik individu bumiputera (Melayu) diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk penghuni-penghuni asrama sekolah ini. Pemilik Linen Enterprise ialah Encik Suhaimi bin Awang yang berasal dari Kedah Darul Aman.

Kontrak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah ini bermula pada 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2015. Mempunyai lima orang pekerja wanita iaitu Pn Zamila binti Azali, Pn Pura binti Senapi, Pn Anita binti Ahmad, Pn Che Aniza binti Che Yusof, dan Pn Rohayu binti Abd Hamid.

Dewan Makan SMK Abi telah mendapat pengikhtirafan kategori A yang diberikan oleh JabatanKesihatan Negeri Perlis selama dua tahun berturut-turut.

Kontrak beliau disambung semula sehingga 31 Mei 2017. Mulai 1 Jun 2017 Cicipi Foodelicous Enterprise dimiliki oleh En Mohd Saiful Aslam bin Che Mohd Zain. Syarikat ini mengekalkan beberapa orang pekerja iaitu Pn Zamila binti Azali, Pn Anita binti Ahmad, dan Pn Rohayu binti Abd Hamid. Manakala pekerja baharu ialah Pn Jehtom Jongrak, Pn Norizah bt Zainal@Hussain, dan Noor Haniza Faterah bt Amran.

MOTTO DEWAN MAKAN

Pesekitaran Bersih, Makanan Berkhasiat, Pelanggan Sihat

MISI DEWAN MAKAN

Melahirkan penghuni asrama yang cerdas dan cergas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF

Memastikan makanan dan pesekitaran dewan makan sentiasa bersih dan kondusif untuk pelanggan.

Memastikan cara penyediaan makanan mengikut garis panduan dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan melaksanakan program KENDIRI.

 

Comments Off on Dewan Makan Asrama