Perhimpunan Kokurikulum ke-2 dan ke-3

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum kali ke-2 dikendalikan oleh Kelab Bola Jaring dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum kali ke-3 dikendalikan oleh Pasukan Kadet Bomba.


MESYUARAT PIBG KALI KE-17

Mesyuarat PIBG kali ke-17 tahun 2017 telah diadakan pada 2 Februari 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Bayu SMK ABI. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua  Pn. Noorsitah bt Ahmad. YDP PIBG SMK Abi tahun ini masih kekal iaitu En. Mohd Depi b Omar.  Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menjayakan mesyuarat PIBG kali ini.


Pelancaran Kempen Jom ke Sekolah 2017

Pelancaran Jom ke Sekolah 2017 telah dijalankan pada hari Isnin 06.02.2017 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Suria SMK Abi.

 

 


Selamat Datang 2017

Selamat Datang diucapkan kepada Encik Mohamad Rizal bin Ibrahim, PK HEM yang baharu menggantikan Encik Mohd Hashim bin Mohd Alwi yang berpindah ke SMK Putra, Kangar. Selamat Datang juga kepada murid-murid Tingkatan 1 dan murid-murid yang baharu mendaftar sebagai warga SMK Abi pada tahun ini.