MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADAN

Majlis berlangsung pada hariJumaat terakhir Ramadan 1439H iaitu pada 23 bersamaan 8 Jun 2018. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Majlis dimulakan dengan khatam al-quran oleh murid-murid Kelas Aliran Agama diikuti ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada enam murid yang berjaya mengkhatam al-quran semasa bulan Ramadan dan penyampaian sumbangan YAPIM kepada beberapa orang murid yang layak. Menyusul selepas itu penyampaian sumbangan ramadan kepada murid miskin dan anak yatim seramai 148 orang. Sumbangan yang berjaya dikutip pada tahun ini ialah sebanyak RM 10 759.00. Seramai 44 orang murid dibawa untuk membeli pakaian hari raya. majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada semua murid yang hadir disamping bersalaman antara guru dan murid. Terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan semoga Allah melipatkan ganda rezeki masing-masing bukan sahaja rezki wang ringgit tetapi rezeki kesihatan, keselamatan, kebahagian dan lain-lain pintu rezeki.


TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS

Tahniah atas kenaikan pangkat kepada Pn Haliah bt Othman PK Kurikulum SMK Abi kepada PK Pentadbiran SMK Syed Sirajuddin, En Ali bin Din GKMP Sains Matematik SMK Abi kepada PK Kokurikulum SMK Abi, En Md Kher bin Kamis GP kepada GKMP Bahasa SMK Syed Saffi mulai 11 JUN 2018. . Selamat bertukar kepada Pn Sakira bt Zakaria yang akan memulakan tugas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


SAMBUTAN HARI GURU 2018

Sepert sekolah-sekolah lain seluruh Malaysia, SMK Abi tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2018 pada 16 MEI. Majlis sambutan kali ini adalah anjuran PIBG dan dikelolakan oleh Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS. Majlis dimulakan dengan acara sukaneka sebelum berehat. Majlis diteruskan dengan perhimpunan hari guru di Dewan Sri Bayu.


PERHIMPUNAN KOKURIKULUM KE-2/2018

Perhimpunan Kokurikulum Kali kedua bagi tahun 2018 telah berlangsung pada 11 April 2018 mulai jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Suria SMK Abi. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam yang dipimpin oleh Pn Zahratul Ainiah bt Mohd Radzi, Pn Hjh Wafaa bt Mawardi, Pn Hafidza Akmal bt Md Isa dan Pn Maslinah bt Markani.

Perjimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti dengan bacaan doa dan ikrar rukun negara. Ditersukan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Amin-amin”. En Sazali bin Hashim, guru bertugas minggu sebelumnya mengambil giliran menyampaikan laporan guru bertugas. Selepas itu persembahan Pergerakan Puteri Islam skesta berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan  dan Lumba Basikal Olaharaga MSSPerlis 2018. Selepas itu ucapan pentadbiran kali ini giliran En Muhamad Rizal bin Ibrahim, PK HEM SMK Abi. Majlis perhimpunan diakhir dengan pengumumanm bacaan ikrar murid, nyanyian lagu Pergerakan Puteri Islam dan Lagu Sekolah “Berilmu Berbakti”


MAJLIS PERSARAAN TN HJ NAZRI BIN SHARIFF

Majlis Persaraan Tuan Haji Nazri bin Shariff telah diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2018 jam 11.00 pagi di Dewan Sri Bayu, SMK Abi. Majlis dimulakan dengan sambutan yang dirai yang datang menaiki kereta Porsche berwarna kuning. Menyambut ketibaan Tn Hj Nazri ialah tuan penngetua dan barisan pentadbiran diiringini paluan kompang 17 orang penghuni asrama SMK Abi.

Tn Hj Nazri diiringi ke Dewan Sri Bayu dan disambut oleh oleh persembahan silat sebelum naik ke pentas dan duduk dikerusi khas yang disediakan.


MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah diadakan pada 13 Februari 2018 (Selasa) mulai jam 2.30 petang di Dewan Sri Bayu. Walaupun pendaftaran ibu bapa ditetapkan jam 2.30 ptg namun seawal jam 2.00 petang ibu bapa sudah mula hadir dan mendaftar.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti bacaan doa dan ucapan Yang diPertua PIBG En Mohd Depi. Selepas itu Tn Pengetua mewakili Hajjah Rela bt Ahmad ADUN Bintong menyampaikan ucapan perasmian.

Selepas itu mesyuarat PIBG dimulakan dengan pelantikan Pengerusi Mesyuarat, pengesahan minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan. Disusuli pelantikan AJK 2018-2020 dan membahaskan usul. Mesyuarat diakhir dengan ucapan penangguhan.

 


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG, MENTOR MENTEE DAN SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

Majlis Pelancaran Program Guru Peyayang 2018 diadakan serentak dengan pelancaran Mentor Mentee dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) berlangsung di Dataran Suria (Dataran Perhimpunan) SMK Abi pada Isnin 29 Januari 2018 mulai jam 7.40 pagi. Hadir merasikan majlis ialah Pn Noorsitah binti Ahmad, pengetua SMK Abi bersama Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan murid-murid SMK Abi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Amin-amin”. Menyusul pula bacaan doa dan ikrar rukun negara, tazkirah oleh Ustazah Rozita dan laporan guru bertugas En Amri. Kemudian penyerahan surat penurunan Kuasa Merotan kepada guru-guru disiplin. Tn Pengetua dipersilakan untuk menyempurnakan Gimik Pelancaran Program  dan menyampaikan cenderahati hari lahir kepada mereka yang lahir pada bulan Januari.

Menyusul sepelepas itu penyerahan fail Mentor Mentee dan ucapan oleh tuan pengetua. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar murid dan naynyian lagu sekolah “Berilmu Berbakti”