admin avatar
Full name:
Nickname:
admin
Website:
Description:

Posts by smkabi

Majlis Penetapan Target PT3 dan SPM

Majlis Penetapan Target PT3 dan SPM telah diadakan pada 22/2/2017. Waris pelajar tingkatan 3 dan 5 telah hadir bagi menjayakan majlis penetapan target untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini. Semoga pelajar-pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM pada tahun ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.


MESYUARAT PIBG KALI KE-17

Mesyuarat PIBG kali ke-17 tahun 2017 telah diadakan pada 2 Februari 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Bayu SMK ABI. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua  Pn. Noorsitah bt Ahmad. YDP PIBG SMK Abi tahun ini masih kekal iaitu En. Mohd Depi b Omar.  Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menjayakan mesyuarat PIBG kali ini.


KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017

13 Januari 2017 (Jumaat) – telah diadakan kejohanan merentas desa bertempat di perkarangan SMK ABI. Acara dimulakan pada pukul 8.30 pagi mengikut kategori masing-masing. Johan tahun ini telah disandang oleh rumah Nuri. Tahniah diucapkan kepada guru dan pelajar yang telah menjayakan kejohanan merentas desa tahun ini.


PELANCARAN GURU PENYAYANG & PROGRAM MENTOR MENTEE 2016

Pelancaran Guru Penyayang & Program Mentor Mentee telah dilancarkan pada 29 Februari 2016 bertempat di Dataran Suria SMK Abi. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua Pn. Noorsitah bt Ahmad.

Objektif program ini adalah:

  • Membimbing murid agar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat
  • Menjiwai budaya penyayang sebagai amalan dalam kalangan guru dan murid
  • Menghayati budaya 3S iaitu senyum, sapa dan salam dalam kalangan guru dan semua murid

Aktiviti Guru Penyayang:

  • Mengalu-alukan kehadiran murid
  • Program Mentor Mentee
  • Kempen JOM 3S!
  • Penghargaan kepada murid

Akhir kata, diharap program ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar.


PROGRAM PENETAPAN TARGET PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5

1 April 2015 – Telah diadakan Program Penetapan Target Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Program tersebut diadakan bermula pada pukul 12.15 tengah hari. Tingkatan 3 bertempat di Dewan terbuka dan Tingkatan 5 bertempat di Dewan Sri Anggerik. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pihak pentadbiran, seterusnya ikrar pelajar.Ceramah motivasi tingkatan 3 telah disampaikan oleh pelajar cemerlang SPM 2014 SMK Abi Ruzana bt Zahari  dan tingkatan 5 oleh Nurul Najwa bt Zulkifli dari SMK Agama (P) pelajar terbaik SPM Negeri Perlis. Seterusnya ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan Penggal Pertama dan menandatangani borang Aku Janji yang telah dibuat anak masing-masing. Semoga program ini, memberi manfaat kepada ibu bapa dan juga pelajar.


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS NILAM 2015

30 Mac 2015 – Telah diadakan Majlis Pelancaran Progran NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS dan Pengawas NILAM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua Pn. Noorsitah bt Ahmad. ‘NILAM’ atau Nadi Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid. Objektif Program ini menjadikan murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatifbagi menyemai tabiat membaca ini.


PERKHEMAHAN PERDANA PKBU (LELAKI) SMK ABI

27-29 mac 2015- Telah diadakan perkhemahan Perdana PKBU bertempat di SMK Abi. Seramai 100 orang pelajar lelaki telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada jawatankuasa kelab dan badan beruniform. Antara aktiviti yang diadakan semasa perkhemahan ini camp fire, treasure hunt, ceramah peribadi remaja wanita islam, pertandingan memasak makanan seimbang, persembahan berkumpulan, menghasilkan buku log dan sebagainya. Semoga perkhemahan ini memberi manfaat kepada pelajar. Terima kasih juga kepada pihak urusetia dan guru-guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan perdana ini.