Roslan avatar
Full name:
Roslan Sudin
Nickname:
Roslan
Website:
Description:

Posts by Roslan Sudin

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM KE-2/2018

Perhimpunan Kokurikulum Kali kedua bagi tahun 2018 telah berlangsung pada 11 April 2018 mulai jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Suria SMK Abi. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam yang dipimpin oleh Pn Zahratul Ainiah bt Mohd Radzi, Pn Hjh Wafaa bt Mawardi, Pn Hafidza Akmal bt Md Isa dan Pn Maslinah bt Markani.

Perjimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti dengan bacaan doa dan ikrar rukun negara. Ditersukan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Amin-amin”. En Sazali bin Hashim, guru bertugas minggu sebelumnya mengambil giliran menyampaikan laporan guru bertugas. Selepas itu persembahan Pergerakan Puteri Islam skesta berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan  dan Lumba Basikal Olaharaga MSSPerlis 2018. Selepas itu ucapan pentadbiran kali ini giliran En Muhamad Rizal bin Ibrahim, PK HEM SMK Abi. Majlis perhimpunan diakhir dengan pengumumanm bacaan ikrar murid, nyanyian lagu Pergerakan Puteri Islam dan Lagu Sekolah “Berilmu Berbakti”


MAJLIS PERSARAAN TN HJ NAZRI BIN SHARIFF

Majlis Persaraan Tuan Haji Nazri bin Shariff telah diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2018 jam 11.00 pagi di Dewan Sri Bayu, SMK Abi. Majlis dimulakan dengan sambutan yang dirai yang datang menaiki kereta Porsche berwarna kuning. Menyambut ketibaan Tn Hj Nazri ialah tuan penngetua dan barisan pentadbiran diiringini paluan kompang 17 orang penghuni asrama SMK Abi.

Tn Hj Nazri diiringi ke Dewan Sri Bayu dan disambut oleh oleh persembahan silat sebelum naik ke pentas dan duduk dikerusi khas yang disediakan.


MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah diadakan pada 13 Februari 2018 (Selasa) mulai jam 2.30 petang di Dewan Sri Bayu. Walaupun pendaftaran ibu bapa ditetapkan jam 2.30 ptg namun seawal jam 2.00 petang ibu bapa sudah mula hadir dan mendaftar.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti bacaan doa dan ucapan Yang diPertua PIBG En Mohd Depi. Selepas itu Tn Pengetua mewakili Hajjah Rela bt Ahmad ADUN Bintong menyampaikan ucapan perasmian.

Selepas itu mesyuarat PIBG dimulakan dengan pelantikan Pengerusi Mesyuarat, pengesahan minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan. Disusuli pelantikan AJK 2018-2020 dan membahaskan usul. Mesyuarat diakhir dengan ucapan penangguhan.

 


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG, MENTOR MENTEE DAN SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

Majlis Pelancaran Program Guru Peyayang 2018 diadakan serentak dengan pelancaran Mentor Mentee dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) berlangsung di Dataran Suria (Dataran Perhimpunan) SMK Abi pada Isnin 29 Januari 2018 mulai jam 7.40 pagi. Hadir merasikan majlis ialah Pn Noorsitah binti Ahmad, pengetua SMK Abi bersama Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan murid-murid SMK Abi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Amin-amin”. Menyusul pula bacaan doa dan ikrar rukun negara, tazkirah oleh Ustazah Rozita dan laporan guru bertugas En Amri. Kemudian penyerahan surat penurunan Kuasa Merotan kepada guru-guru disiplin. Tn Pengetua dipersilakan untuk menyempurnakan Gimik Pelancaran Program  dan menyampaikan cenderahati hari lahir kepada mereka yang lahir pada bulan Januari.

Menyusul sepelepas itu penyerahan fail Mentor Mentee dan ucapan oleh tuan pengetua. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar murid dan naynyian lagu sekolah “Berilmu Berbakti”


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2018 telah berlangsung pada 22.01.2018 beremula jam 7.40 pagi di Dataran Suria SMK Abi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Amin-amin”. Menyusul pula bacaan doa dan ikrar rukun negara. Seterusnya pengerusi mempersilakan tuan pengetua menyempurnakan gimik pelancaran dan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas Koperasi Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah,  dan Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah.

Majlis diteruskan dengan ikrar Pengawas dan ucapan perasmian oleh Encik Muhamad Rizal bin Ibrahim PK HEM . Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar murid dan naynyian lagu sekolah “Berilmu Berbakti”


Kejohanan Merentas Desa 2018

Kejohanan Merentas Desa SMK Abi 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Januari 2018 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi. Kejohanan in mempertandingkan empat kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Kelas Satu, Lelaki dan Perempuan Kelas Dua. Empat Rumah Sukan mengambil bahagian iaitu Rumah Cenderawasih, Rumah Kenari, Rumah Nuri dan Rumah Rajawali.


PERSIAPAN DAN AKTIVITI PERSEKOLAHAN 2018

Bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2018, beberapa perancangan dan aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya

Mesyuarat Guru kali pertama 2018

Mesyuarat Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum

Pendaftaran dan Taklimat untuk waris murid Tingkatan 1

Pendaftaran Murid-murid Tingkatan 2, 3 dan 5