Asrama

PENGENALAN

 Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi mula dibina pada pertengahan tahun 2003 dan siap dibina pada akhir Disember 2003. Pada 1 Januari 2004 ia mula dibuka dan seramai 150 orang penghuni telah ditempatkan di dua blok iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan. Di samping menempatkan 16 dorm setiap blok, terdapat juga empat unit rumah warden, ruang pejabat, surau dan ruang rekreasi. Sebuah dewan makan disediakan untuk kemudahan para penghuni asrama.

Asrama sekolah ini disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Di samping itu, ia memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar aliran agama Islam yang datang dari serata tempat di negeri ini termasuk dari luar Perlis.

VISI

Menjadikan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi asrama terbilang menjelang 2015

MISI

Menyedia perkhidmatan asrama yang berkualiti bagi melahirkan insan yang cemerlang yang dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Pengurusan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dengan penuh tekad dan iltizam berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan:

  1. Memastikan semua prasarana asrama dalam keadaan baik dan berfungsi sebelum sesi persekolahan bermula.
  2. Memastikan asrama menyediakan bermasak berkualiti sepanjang tahun.
  3. Memastikan asrama selamat dan kondusif sepanjang tahun.
  4. Memastikan program pembangunan akademik dan sahsiah pelajar asrama dilaksanakan sepanjang tahun.
  5. Memastikan setiap pelanggan mendapat layanan kaunter yang cepat dan mesra.
  6. Memastiakn setiap arahan dan surat diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari.
  7. Sentiasa mewujudkan kerjasama dengan JPN, PIBG dan agensi luar.

 

OBJEKTIF

–       Membolehkan PK HEM dan penyelia asrama  atau sesiapa yang mengambilalih tugas dan tanggungjawabnya merujuk, meneliti dan memahami bidang tugas serta tanggungjawab

–       Memudahkan kerja semak semula dan/atau pindaan kepada dokumen rasmi dan tidak rasmi pada masa akan datang

–       Mempercepatkan proses kerja rutin yang ditanggung oleh PK HEM dan Penyelia Asrama

–       Memudahkan PK HEM dan Penyelia Asrama merancang kerjanya untuk sepanjang tahun dengan rapi dan memastikan segala urusan kerja berjalan dengan licin dan lancar

PENGURUSAN ASRAMA

Pengerusi : Pn Noorsitah bt Ahmad (Pengetua)

Naib Pengerusi  :  En Mohamad Rizal bin Ibrahim (PK HEM)

Ketua Warden   :  En Mohd Azil bin Azizan

Warden  :

Pn Jamilah bt Shamsudin

En Roslan bin Sudin

Pn Fatin Nabila bt Fadzil

Penyelia  :    Pn Surinah bt Yusof

Pembantu Pejabat : Pn Habibah bt Ahmad

Comments Off on Asrama