Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2018

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah diadakan pada Hari Jumaat 14 September 2018. Majlis bermula jam 7.40 pagi di Dewan Seri Bayu dengan bacaan surah Yasin. Selepas itu ucapan aluan pengerusi majlis, diikuti ucapan dan pelancaran penutupan oleh Pn Noorsitah binti Ahmad, pengetua SMK Abi. Selepas gimik pelancaran, acara diteruskan dengan persembahan sajak oleh Cikgu Zulkhairi bin Ibrahim. Menyusul selepas itu bacaan pantun patriotik oleh dua orang murid dan kuiz kemerdekaan kelola Cikgu Rashid bin Ismail Ketua Panitia Sejarah.

Majlis diteruskan dengan persembahan lagu “Kembara di tanah Gersang” dan “Mentera Semerah Padi” nyanyian Arif dan diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu tema 2018, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.