MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADAN

Majlis berlangsung pada hariJumaat terakhir Ramadan 1439H iaitu pada 23 bersamaan 8 Jun 2018. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Majlis dimulakan dengan khatam al-quran oleh murid-murid Kelas Aliran Agama diikuti ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada enam murid yang berjaya mengkhatam al-quran semasa bulan Ramadan dan penyampaian sumbangan YAPIM kepada beberapa orang murid yang layak. Menyusul selepas itu penyampaian sumbangan ramadan kepada murid miskin dan anak yatim seramai 148 orang. Sumbangan yang berjaya dikutip pada tahun ini ialah sebanyak RM 10 759.00. Seramai 44 orang murid dibawa untuk membeli pakaian hari raya. majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada semua murid yang hadir disamping bersalaman antara guru dan murid. Terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan semoga Allah melipatkan ganda rezeki masing-masing bukan sahaja rezki wang ringgit tetapi rezeki kesihatan, keselamatan, kebahagian dan lain-lain pintu rezeki.