MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah diadakan pada 13 Februari 2018 (Selasa) mulai jam 2.30 petang di Dewan Sri Bayu. Walaupun pendaftaran ibu bapa ditetapkan jam 2.30 ptg namun seawal jam 2.00 petang ibu bapa sudah mula hadir dan mendaftar.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, diikuti bacaan doa dan ucapan Yang diPertua PIBG En Mohd Depi. Selepas itu Tn Pengetua mewakili Hajjah Rela bt Ahmad ADUN Bintong menyampaikan ucapan perasmian.

Selepas itu mesyuarat PIBG dimulakan dengan pelantikan Pengerusi Mesyuarat, pengesahan minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan. Disusuli pelantikan AJK 2018-2020 dan membahaskan usul. Mesyuarat diakhir dengan ucapan penangguhan.