MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG, MENTOR MENTEE DAN SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

Majlis Pelancaran Program Guru Peyayang 2018 diadakan serentak dengan pelancaran Mentor Mentee dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) berlangsung di Dataran Suria (Dataran Perhimpunan) SMK Abi pada Isnin 29 Januari 2018 mulai jam 7.40 pagi. Hadir merasikan majlis ialah Pn Noorsitah binti Ahmad, pengetua SMK Abi bersama Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan murid-murid SMK Abi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Amin-amin”. Menyusul pula bacaan doa dan ikrar rukun negara, tazkirah oleh Ustazah Rozita dan laporan guru bertugas En Amri. Kemudian penyerahan surat penurunan Kuasa Merotan kepada guru-guru disiplin. Tn Pengetua dipersilakan untuk menyempurnakan Gimik Pelancaran Program  dan menyampaikan cenderahati hari lahir kepada mereka yang lahir pada bulan Januari.

Menyusul sepelepas itu penyerahan fail Mentor Mentee dan ucapan oleh tuan pengetua. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar murid dan naynyian lagu sekolah “Berilmu Berbakti”