SAMBUTAN HARI GURU 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Abi 2017 telah diadakan pada 16 Mei 2017. Sambutan terbahagi kepada dua aktiviti iaitu aitiviti sukaneka dan Perhimpunan Khas. Sukaneka bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Suria melibatkan guru-guru dan murid-murid. Lima acara sukaneka dipertandingkan menarik perhatian murid-murid yang hadir.

Perhimpunan Khas Hari Guru bermula jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Sri Bayu. Majlis bermula dengan perarakan semua guru yang berpakaian “AKU BUKAN SEORANG GURU” didahului oleh dua orang pembawa sirih junjung dan paluan kompang oleh 12 orang murid asrama. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri Perlis. Menyusul ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan ketua murid, ucapan pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf Sokongan. Seterusnya bacaan pertusan KPPM dan Menteri Pendidikan. Majlis diteruskan dengan ucapan pelancaran oleh Tuan Pengetua.

Majlis diserikan dengan Ikrar Guru, Nyanyian Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru 2017 “Guru Pembina Negara Bangsa”. Menyusul selepas itu persembahan setiap bidang dimulai dengan Bidang Teknik dan Vokasional, Bidang Bahasa dan Bidang Sains dan Matematik. Persembahan diselang seli dengan penyampaian hadiah dan turut membuat persembahan tiga orang murid. Mereka membuat persembahan nyanyian solo.