Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Abi 2017 telah diadakan pada 05 Mei 2017 bertempat di Dewan Sri Bayu mulai jam 8.00 pagi. Sebelum majlis berlangsung persiapan rapi telah dijalankan seperti persiapan tempat, hiasan pentas, dan latihan persembahan. Raptai penuh telah diadakan sehari sebelumnya.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu “Negaraku”, Lagu Negeri Perlis “Amin-amin” dan Lagu Sekolah “Berilmu Berbakti”. Diikuti bacaan doa dan ucapan Pengetua dan YDP PIBG yang merasmikan majlis. Majlis penyampaian anugerah dibahagikan kepada tiga sesi dan setiap sesi diselangi dengan persembahan pelajar.

Majlis berakhir jam 11.30 pagi.