Majlis Persaraan dan Jamuan Aidilfitri 2015

Majlis Persaraan Tuan Haji Zakaria bin Jaafar, Penolong Kanan Tadbiran SMK Abi telah diadakan pada 24 Julai 2015.  Walau pun tarikh akhir perkhidmatan beliau ialah pada 03 Jun namun sambutan ditangguhkan kerana pada tarikh tersebut adalah cuti pertengahan tahun diikuti bukan Ramadan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Daud bin Abdullah. Seterusnya bacaan doa oleh Affendi bin Abd Yamin, ucapan Penolong Ketua Murid, ucapan Tn Hj Nazeri Shariff mewakili guru-guru dan staf, ucapan Pengetua, bacaan biodata Tn Hj Zakaria dan ucapan Tn Hj Zakaria.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada Tn Hj Zakaraia. Ini diikuti jamuan hari raya adilfitri di dataran kantin sekolah.

 


SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT DATANG

Selamat Bersara diucapkan kepada Tn Hj Zakaria bin Jaafar, Penolong Kanan Tadbiran SMK Abi pada 03 Jun yang lalu dan Selamat Datang kepada En Mohd Hashim bin Mohd Alwi dari JPN Perlis yang dilantikan sebagai PK HEM yang baru yang menggantikan En Noorizan bin Ahmad yang mengambil alih tempat Tn Hj Zakaria, tahniah.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

aidilf

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua khususnya guru-guru, murid-murid dan warga sekolah semoga gembira pada hari lebaran. Berhati-hati ketika memandu dan kepada yang pulang ke kampung selamat pulang dan sampai ke destinasi masing-masing.


Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Abi 2015 telah diadakan pada 28 Mei 2015 mulai jam 8.30 pagi. Mjalis disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn Hj Amran bin Rejab, Ketua Sekotor Pembangunan dan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Turut hadir Pn Azarishah binti Ahmad Yang diPertua PIBG, pengetua-pengetua, guru-guru besar dan ibu bapa.


Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru 2015 peringkat SMK Abi telah diadakan pada 19 Mei 2015 (Selasa) mulai jam 8.00 pagi. Acara sambutan dimulakan dengan permainan diikuti dengan perhimpunan khas Hari Guru. Perhimpunan diadakan di Dewan Terbuka mulai jam 11.00 pagi.


PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS 2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah dipilih menjadi tuan rumah Pertandingan Bahasa Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis bagi tahun 2015. Pertandingan pusingan pertama bermula pada 27 Mac 2015, pusingan kedua dan ketiga pada 02 April dan 07 April 2015 manakala peringkat separuh akhir pada 14 April 2015.

DSC_0018DSC_0019DSC_0020


PROGRAM PENETAPAN TARGET PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5

1 April 2015 РTelah diadakan Program Penetapan Target Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Program tersebut diadakan bermula pada pukul 12.15 tengah hari. Tingkatan 3 bertempat di Dewan terbuka dan Tingkatan 5 bertempat di Dewan Sri Anggerik. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pihak pentadbiran, seterusnya ikrar pelajar.Ceramah motivasi tingkatan 3 telah disampaikan oleh pelajar cemerlang SPM 2014 SMK Abi Ruzana bt Zahari  dan tingkatan 5 oleh Nurul Najwa bt Zulkifli dari SMK Agama (P) pelajar terbaik SPM Negeri Perlis. Seterusnya ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan Penggal Pertama dan menandatangani borang Aku Janji yang telah dibuat anak masing-masing. Semoga program ini, memberi manfaat kepada ibu bapa dan juga pelajar.